Khamis, 15 Ogos 2013

menagis...? dugaan ..? bahagia...?



Menangis Hati ini .. kalau terluah pon..lebih senang diluahkan melalui air mata.. itu yang terbaek.. tiada kata-kata nak diluahkan melain melalui air mate.. penat menagis tido.. bangun ok dah... itu lebih baik dari berperang untuk menuntut ape yg lebih melukakan hati kita.

mungkin dari segi faktor usia.. seseorang akan menjadi lebih sensitif.. lebih mudah terguris..  baru2 ni aku sendiri di landa berbagai2 dugaan .. yang tak berkesudahan,, yg pasti  aku percaya aku mampu hadapi segala dugaan kerna Tuhan takkan menduga aku lebih dari kemampuan aku sendiri ..


pertama sekali dugaan melibat kan zuriat.. aku tewas bile bertembung dgn dugaan nie.. kalau aku dan suami dan hanya kami .. soalan nie takkan menjadi masaalah pon.. tapi bile kumpul sanak saudara.. itu lah persoalan yg menjadi sapaan kami setiap kali bersua muke. mungkin jelas nyata aku dan suami kami lebih suke bersendirian jauh dr org yg mengenali kami.. kami bahagia.. sape kate tanpe anak tiade kebahagiaan dlm rumahtangga.. aku ase org tu belum pernah rase kebahagiaan sebenar.. tak semestinyer tanpa anak kami berduka sepanjang masa...

Untuk pertahan kan diri... aku boleh senaraikan hampir 4 ke 5 family rapat dan saudara mara aku dan suami yg mengalami masaalah dlm rumahtangga.. yg berbalah dan ade jugak telah bercerai tapi.. mereka semua ade ANAK.. persoalan aku sekarang,, adakah kerana ANAK korang bercerai.. korang tak bahagia.. adakah kerana ANAK korang merana? bukan kah itu soalan cepu emas korang pada aku? bile nak ade anak? bile nak tambah ahli keluarga? bile lagi? merancang ker?  ATAU .. perlukah aku pula bertanya.. kenapa korang bercerai? kenapa korang tak bahagia? kenapa korang tak sayang zuriat korang bersama?

jawapan sebenar kat sini.. KEBAHAGIAAN ... tak siapa memiliki kebahagiaan kalau tak berusaha kearah itu.. usaha laah .. cari lah kebahagiaan itu.. semua itu percuma.. tapi harus berusaha.. tak bermakna kami tak punya anak.. kami tak bahagia.. tak bermakna kami tak punya anak kami kesunyian ... tak bermakna kami tak ade anak kami sentiase bersedih.. percaya lah.. TUHAN telah rancang segala nyer..


Harapan untuk zuriat sentiase ade.. tapi dlm harapan aku terselit ketakutan untuk kecewa untuk kesekian kali.. mampukah aku terus di duga dlm teka teki mcm nie.. ??

"Hope & Fear is like A Pair Of Wings, You Need Both to Fly"  -Imam Maturidi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan